Thursday, October 21, 2010

Lawatan Penandarasan Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Emm... nampaknya rancangan kedua kita untuk ke Labuan juga mengalami nasib yang sama, terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan. Memang meletihkan, tapi inilah cabarannya. Masalah kita kali ni ialah tidak mendapat bantuan penginapan dan pengangkutan dari UMS Labuan yang pada masa yang sama mengadakan aktiviti Kokum. Act menurut pegawai HEP, kita suda dpt 2 buah rumah, utk lelaki dan perempuan. Tapi apabila makluman dari Pengarah UMSKaL berhubung pengangkutan, kedua-dua kemudahan tidak dpt disediakan. 

Masalah kedua, Principal sekolah Labuan International School juga masih tidak dapat dihubungi, oleh itu hanya sekolah sains labuan yang telah memberi kebenaran. Masalah ketiga pula adalah masa feri dari labuan ke KK yang mana perjalanan terakhir pada jam 1. menyebabkan masa lawatan menjadi sangat singkat.

Disebabkan masalah-masalah di atas dan saranan dari beberapa orang rakan, dan juga setelah berbincang dengan Dr Sabariah beliau memutuskan kita membuat lawatan di kawasan KK sahaja. 2 buah sekolah baru harus dicari. Antara cadangannya ialah sekolah sains KK. namun masa lawatan itu harus difikirkan kerana kelas terakhir kita dengan Dr adalah pada 30&31 okt ini.

sekian..

Pengarah Projek Penandarasan Sekolah

No comments: