Saturday, March 13, 2010

Kami Meeting Hari ini..

Masa: 12.00pm
Tempat: Bilik Tutorial 1

Agenda
  1. Senarai menu telah disenaraikan dan akan dihantar ke SK Taginambur untuk persediaan mereka. 
  2. Peralatan yang perlu sekolah tersebut sediakan juga dibincangkan untuk dihantar oleh Wilfred ke sekolah tersebut. 
  3. Bahagian banner n baju settle...
  4. Aktiviti semuanya akan diambil alih oleh AJK Projek
  5. Sumbangan dan tajaan akan berjalan semasa cuti ini..
Kesimpulannya, kami akan meneruskan projek ini, walau apa rintangan yang berlaku....chayo2 SK Taginambur...oh ya...view dr khalid blog. http://drkhalidjohari.blogspot.com

Thursday, March 11, 2010

Jom..Jom..Kenali Daerah Saya...

Jom...ronda ronda di Daerah Saya...
http://sipitang.com/

Jom ronda di web zoom-a:
http://skpb07-junne.zoom-a.com/

Memohon Sumbangan dari Cafetaria UMS

Kepada semua cafetaria UMS yang berada di semua sekolah dan kampung kediaman...
kami memohon sumbangan anda untuk SK Taginambur...Terima Kasih...

Happy Holiday...

Yepi..cuti sekolah suda..tapi kepada kawan yg pensyarah tu..selamat bekerja. (Noemi n Jelius) .hehehehe... 
baiklah kepada kawan2 sekalian...sekali lagi diingatkan supaya mendapatkan tajaan masing2...buktikan bahawa kita ni 14 orang sahaja..tapi kita mampu melaksanakan dengan baik..cheh semangat ni maka di dalam hati belum tau lagi...semua bahan untuk mendapatkan tajaan sudah sy email tu...apa2 masalah just contact me..kalu surat tu..buat sendiri lah ar..edit dari yg asal saja....

Oh Ya..hari ini Zainal sudah hantar surat p Petronas..tapi malangnya dia sampai ada meeting...jadi kena follow up balik...n sy ada dapat berita baik hari ini..tapi belum boleh cakap coz belum dapat black n white dia....

Dr. Khalid juga ada beritahu pasal pengangkutan..n bahagian pengangkutan UMS bersetuju untuk menyediakan pengangkutan untuk semua projek tapi mesti hantar surat secepat mungkin...sy suda forward mesej tu sama Zainal aka AJK Bahagian Pengangkutan....

Bah..lastly....semoga projek kita berjalan lancar...

Tuesday, March 9, 2010

Sumbangan BUKU Bacaan...untuk SK TAGINAMBUR

Pada cuti sekolah, saya cuba memohon sumbangan buku di DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ,
dan DI PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, mana tau ada buku yang sudah di mansuhkan....boleh juga ambil.

Rajin membaca perlu diterapkan kepada murid murid sekolah rendah lagi,
""" MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU, ILMU ITU PELITA HIDUP""""""
"""MEMBACA MEMBUKA MINDA.....

Monday, March 8, 2010

Sk..Taginambur Background

PIAGAM PELANGGAN
Bahawa kami warga SK Taginambur berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :-
Murid : Memastikan semua murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan.
Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil.
Memastikan semua murid yang layak mendapat pinjaman buku teks untuk tahun berikutnya menerima buku teks pada hujung tahun semasa, sebelum sesi persekolahan berakhir.

Memastikan semua murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan, satu kelab beruniform dan satu aktiviti sukan / permainan.
Peluang diberi kepada murid tahap satu untuk menyertai satu aktiviti kokurikulum mengikut minat dengan kebenaran ibu bapa.
Staf: Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil tindakan segera, tidak lebih dari 3 hari.
Waris: Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra.
Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.

Kementerian Pelajaran: Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak Kementerian Pelajaran diambil tindakan selewat-lewatnya sehari selepas surat/arahan diterima. 


VISI SEKOLAH

Tempat melahirkan insan
yang mampu berdedikasi, berdaya saing,
serta mempunyai nilai estetika yang tinggi 

MISI SEKOLAH

"Sekolah Kebangsaan Taginambur Bertekad
Menjadi sekolah sekurang-kurangnya ketiga terbaik
di dalam Zon Nabalu menjelang tahun 2009
 
tunggu kami datang 11 April ni...
 

Komuniti Sk Taginambur, Tamparuli

Sunday, March 7, 2010

Perjumpaan Pelajar MeCom dengan Penyelia - Dr. Sabariah

Pelajar under Dr. Sabariah terdiri daripada:
  1. Jelius Sogunting
  2. Robit Bin Yus
  3. Noemi Linus
  4. Junnainah Yahya
  5. Mazmin Awng Matusin
  6. Musaddiqatul Husna
Dr. Sabariah cakap hantar bab 1 minggu depan....

Report by,
Jelius